Kempen
Budi Bahasa yang dilancarkan pada 11 Jan 2005 merupakan agenda lima
tahun kerajaan dalam misinya melahirkan rakyat Malaysia yang berbudi
bahasa.
Senyuman Ikhlas
Malah budi bahasa yang paling asas iaitu
melemparkan senyuman dan mengucapkan terima kasih masih sukar dilihat
dalam masyarakat kini.
Beberapa pakar berkata
kempen itu, yang kini dinamakan program Budi Bahasa dan Nilai-nilai
Murni, baik tujuannya dan memang perlu diteruskan biarpun
keberkesanannya belum meluas.
Budi Pekerti Asas Utama
Kepincangan ini telah melahirkan beberapa sindrom negatif yang kini dipandang seakan-akan satu kebiasaan di kalangan masyarakat Malaysia. Namun,
pada hakikatnya, kita telah meletakkan budi pekerti sebagai satu asas
dan tunjang dalam pelbagai dasar dan falsafah pembangunan negara, dari
Rukun Negara sehinggalah kepada Wawasan 2020. Jelaslah bahawa aspirasi
kita dalam bidang pembangunan minda dan rohaniah tidak sejajar dengan
realiti kehidupan kita masa kini.
Dalam kesibukan kita
sehari-hari, kita mungkin semakin lupa untuk memupuk ciri-ciri
keperibadian luhur, baik untuk diri kita sendiri ataupun untuk anak-anak
kita. Sebelum budaya masyarakat kita merosot lagi, kita harus sedar dan
mempelajari serta mempraktikkan semula nilai-nilai dan budi bahasa
warisan kita. Usaha ini harus dimulakan pada peringkat diri sendiri,
peringkat keluarga dan pada peringkat masyarakat.
Nilai-nilai Murni
Kempen budi bahasa dan
nilai-nilai murni ini merupakan agenda penting kerajaanuntuk
menyemarakkan dan menyemai semula budi bahasa dan nilai-nilai murni
kedalam jiwa setiap rakyat Malaysia. Kempen ini diharap dapat
memperkukuhkan kembali kekuatan peribadi dan jati diri setiap individu.
Negara akan menjadi agung jika warganya terdiri dari insan-insan yang
mengamalkan budaya murni. Tidak ada gunanya jika masyarakat Malaysia
kaya dari segi kebendaan tapi muflis dari segi keperibadian.
Aktiviti Yang Dijalankan:
1. Mengenang Jasa Ibu Dan Bapa (Kekeluargaan)
Mengadakan aktiviti seperti makan
sekeluarga, menghormati ibu dan bapa, meraikan Hari Ibu dan Hari Bapa,
pertandingan sajak, pertandingan bergambar dan minggu keluarga.
2. Pelajar Berbudi Bahasa (Pembelajaran)
Mengadakan pertandingan pidato, bahasa, pantun, drama, sketsa,choral speaking,boria, dikir barat, kuiz, nasyid, Kembara Budi Bahasa, melukis, animasi, Anugerah Asrama Terbilang dan Kem Jatidiri.
3. Berbudi Bahasa (Kemasyarakatan)
Mengadakan aktiviti seperti Minggu Budi Bahasa, Kenali Jiran Anda dan Kempen Pemanduan Bersopan.
4. Senyum dan Terima Kasih (Perkhidmatan)
Mengadakan kempen 'Kenali Saya' bagi
anggota penguatkuasaan dan perkhidmatan kaunter supaya mengamalkan
budaya senyum, memperkenalkan diri dan mengucapkan terima kasih.
5. Cintai Alam Sekitar, Flora dan Founa
Mengadakan aktiviti seperti gotong-royong
'Sungaiku Bersih Alamku Permai', ´'Tandas Bersih',' Kampung Indah
Masyarakat Ceria','Anugerah Bandar Berbudi Bahasa', 'Anugerah
Gerai/Pasaraya Terbaik' dan 'Anugerah Untuk Perusahaan Kecil'.
Kempen ini perlu diadakan kerana
kedapatan di kalangan masyarakat masa kini nilai-nilai dan amalan hidup
yang kasar, yang tidak berbahasa, yang tidak mengendahkan tatasusila dan
beradab. Cara memberi khidmat, cara melayani pelanggan atau orang ramai
oleh kakitangan kaunter hadapan di jabatan-jabatan kerajaan seterusnya
menimbulkan tidak puas hati di kalangan orang ramai.
Kempen Budi Bahasa Budaya Kita
Kini kita
bergerak untuk mengutip kembali warisan yang sangat berharga itu.
Kempen Budi Bahasa Budaya Kita adalah satu gelombang yang diharap akan
mengembalikan rakyat kepada asas hidup berbudaya negara ini.
Kempen
Budi Bahasa Budaya Kita adalah sepenting dan sebesar Wawasan 2020,
destinasi impian yang menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara
industri. Cuba lihat kembali cabaran-cabaran Wawasan 2020 menjadi negara
maju dalam acuan budaya kita.
Untuk
tidak kelihatan terlalu besar dan menakutkan, lihat saja budi bahasa
dalam konteks kehidupan seharian semua kelas sosial dalam masyarakat.
Amalan-amalan budi bahasa yang mudah dilakukan misalnya menyambut
tetamu, melayan tetamu dan tatacara tidak rasmi ketika bertemu.
Budi dan bahasa tidak akan terbalas dan bukan untuk dibalas. Budi dan bahasa yang baik akan terus kekal menjadi kenang-kenangan.